Langkau ke kandungan utama

Istilah (terma) bateri



Curruent charging factor
Current charging factor merujuk kepada tenaga yang dibekalkan kepada bateri semasa proses mengecas, jumlahnya adalah lebih besar daripada jumlah tenaga yang dibekalkan oleh bateri. Lebihan ini bertujuan untuk mengatasi kehilangan elektrokimia yang terjadi semasa proses mengecas.

Untuk mengecas semula bateri ke tahap 100%, 105% hingga 110% daripada tenaga yang dikeluarkan dari bateri perlu diganti semula. Lebihan tenaga ini dikenali sebagai current charging factor.


 

Kapasiti bateri
Kapasiti bateri merupakan jumlah tenaga elektrik yang terdapat di dalam bateri atau sel yang diukur dalam unit ampere hours (Ah). Kapasiti bateri dipengaruhi oleh faktor seperti suhu dan kadar nyahcas arus. Kapasiti bateri berkurangan apabila kadar nyahcas bateri bertambah atau suhu persekitaran menurun.



Kapasiti normal K20
Kapasiti bateri ditentukan oleh pengeluar dan diukur dalam unit ampere hour (Ah). Bateri baru yang bercas penuh sepatutnya boleh menghasilkan K20h arus pada suhu bilik untuk selama 20 jam. Voltan bateri tidak boleh kurang dari 10.5V.

Sebagai contoh, untuk bateri 60Ah:
60Ah ÷ 20h = 30A
Sebuah bateri 60Ah mesti boleh membekalkan 3 amp arus untuk selama 20 jam minimum dan dalam masa yang sama mengekalkan sekurang-kurangnya 10.5V.

  
Cold Cranking Amps (CCA)

Cold cranking amps merujuk kepada keupayaan bateri untuk menghidupkan enjin semasa musim sejuk. CCA ialah ukuran arus yang dapat bekalkan oleh bateri pada satu tempoh masa tertentu, pada suhu tertentu, dengan mengekalkan voltan pada tahap tertentu.

Rajah di bawah menunjukkan kapasiti bateri 12V 100Ah, bergantung pada suhu dan arus keluaran ialah 20 jam pada 100% cas penuh.

Pada suhu  50°C dan arus keluaran 5A bateri akan bertahan selama 20 jam.
Jika arus keluaran 500A pada suhu 50°C. Bateri hanya mampu bertahan selama 12 minit.



Voltan sel

Voltan sel merupakan perbezaan kapasiti antara plat positif dan plat negatif dalam elektrolit. Voltan tidak mempunyai satu nilai yang tetap ia boleh berubah – ubah. Ia bergantung pada keadaan cas (ketumpatan asid) bateri. Pengaruh suhu terhadap perubahan voltan sel boleh diabaikan. Voltan nominal untuk sesebuah sel ialah 2 volt.



Voltan nominal

Voltan nominal bateri ditentukan oleh standard industri. Voltan nominal boleh dikira dengan menggunakan formula berikut: 
Voltan nominal = Voltan nominal sel X Bilangan sel

Untuk bateri kenderaan, kadar voltan nominal standard ialah 12 volt.

Voltan terminal
Voltan terminal ialah kadar voltan yang diukur di antara terminal bateri.

Voltan gas
Voltan gas ialah voltan mengecas iaitu kadar voltan di mana bateri mula menghasilkan gas. Gas akan mula terhasil apabila kadar voltan mencapai 14.4 Volt terminal atau 2.4 Volt sel. Pada peringkat ini gas hidrogen akan mula terhasil. Penghasilan gas hidrogen yang berlebihan boleh menghasilkan letupan.
 
Voltan bebas
Voltan bebas (rest voltage atau idle voltage) ialah kadar voltan yang diukur apabila bateri tidak disambungkan kepada beban.
 

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas